09-7738277| Jalan Maktab Pengkalan Chepa, 16100 Kelantan

TAHNIAH kepada 2 pelajar FARIS IBWS iaitu Nurul Fatihah Bt. Mohd Arif - Johan Tokoh NILAM Negeri Kategori Bahasa Melayu dan Laila Mardhiah - Naib Johan Tokoh NILAM Negeri bagi kategori Bahasa Inggeris. Tak lupa juga pada guru-guru penyelaras dan penasihat. Seluruh warga FARIS berbangga dengan kejayaan ini. Semoga terus berjaya diperingkat kebangsaan nanti!

%AM, %24 %243 %2020 %04:%Feb

Penyerahan Dana Pendidikan Ex-Faris 91

Majlis penyampaian Dana Pendidkan Ex-Faris 91 telah disempurnakan oleh Dr.Zuraida Ahmad kpd 23 orang pelajar tingkatan 5 2020.Penerima yang dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2019. Penerima terdiri daripada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan  semua A (RM550 ) seramai 10 penerima, Projek khas dengan min 6A (RM500 ) seramai 10 penerima dan lonjakan saujana (RM500) seramai 3  penerima. Majlis kali ini turut dihadiri Timbalan Pengerusi  Ex-Faris 91, Pn. Akimal Brahim.

%AM, %23 %166 %2020 %02:%Feb

KOT ke-45 meriah !

Antara program mega dan favourite yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar dan warga FARIS IBWS ialah Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT). KOT Kali ke-45 pada tahun ini ada diadakan esok iaitu 19 Februari 2020 bersamaan hari Rabu. KOT FARIS tahun ini akan dirasmikan oleh seorang tetamu istimewa iaitu seorang Alumni FARIS yang amat cemerlang dalam bidang yang diceburinya ; Dato'Dr. Mohd. Hannan bin Mohd. Yusof, Pengerusi Hannan Medispa Group.

?Kami warga FARIS IBWS mengalu-alukan kehadiran tuan puan, bekas pendidik, para ibubapa, alumni atau sesiapa sahaja untuk turut hadir memeriahkan dan menyaksikan serta memberi sokongan kepada anak-anak kita samaada bagi acara olahraga mahupun yang terlibat dalam acara-acara lain yang tidak kurang menariknya.

?Kepada para alumni - jom sama-sama sokong rumah sukan anda dahulu ; Rahman, Razak, Hussein dan Mahathir!

Menyantuni ahli rombongan dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke SMSTMFP dalam Lawatan Penanda Aras ke Kelantan.

? Rombongan ini diketuai oleh Tn. Pengetua STJ, YBrs En.Adnan bin Harun bersama PKP, Tn. Hj. Mohd. Azman bin Awang dan PK Kokurikulum, Pn. Noor Hasimah bt Ibrahim serta 25 orang guru.

? Antara pengisian yang juga suatu perkongsian adalah program akademik di samping Ucapan Alu-aluan Pemangku Pengetua, YBr. Tn. Hj. Muhammad bin Daud.

? Harapan bersama perkongsian dan hubungan sesama SBP terus mekar untuk kebaikan bersama. In Shaa ALLAH.

%PM, %12 %636 %2020 %14:%Feb

"Majlis Sanjungan Budi" Tn. Hj. Bahari

"Majlis Sanjungan Budi" buat Mantan Pengetua FARIS iaitu Tn Hj. Bahari B. Daud yang mana telah dinaikkan pangkat sebagai KPPD Pasir Mas, Kelantan. Dengan berat hati, kami, warga FARIS terpaksa melepaskan mantan Pengetua yang walaupun agak singkat tempoh perkhidmatan beliau di sini, kami merasa serasi dan selesa dengan sikap dan cara kemimpinan beliau.

Beliau merupakan seorang pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas, amat prihatin dan memahami namun tetap tegas pada tempatnya. Beliau juga sangat pemurah dan mementingkan kebersihan dan keceriaan sekolah. Kami mendoakan kesejahteraan dan kejayaan Tn Hj. Bahari di tempat kerja baru dengan jawatan dan tanggungwajab baru. Hanya Allah jua yang mampu membalas segala jasa Tn Hj sepanjang berkhidmat di sini. Jutaan terima kasih diucapkan.

Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Sekolah 2020 disempurnakan oleh YBhg. Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob,  Pegawai Laksana TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak yang merupakan Alumni SMSTMFP (SPM 1991).

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Dr Mohd Kaisan bin Abdul Rahman, Presiden Persatuan Alumni SMSTMFP (AFP) dan YBrs Tn Hj Wan Zulkifli bin Wan Abdullah, YDP PIBG.

Majlis gilang-gemilang ini melibatkan majlis penyampaian watikah kepada 135 orang pemimpin pelajar SMSTMFP. Tahniah buat semua yang menjayakan majlis ini. Majlis ini dikendalikan oleh En Anuar bin Mohd Nor, Kaunselor SMSTMFP.

%PM, %12 %611 %2020 %13:%Feb

IPITEx In Thailand Inventors Day 2020

2020 Bangkok International Intellectual Property Invention Innovation and Technology Exposition (IPITEx 2020) In Thailand Inventors Day 2020

Date : 6th February 2020
Venue : Bangkok Thailand

23 countries from all over the world
More than 1500 projects

2 innovation projects from
FARIS IBWS - R&D Team

 Result
ICCI Conference
• Special Award (Environment)
• Double Gold medal
• Silver Medal

IPITEX Exhibition
• Silver Medal
• Bronze Medal

Go to top
JSN Educare is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework