09-7738277| Jalan Maktab Pengkalan Chepa, 16100 Kelantan

Feb 12, 2020 427times

"Majlis Sanjungan Budi" Tn. Hj. Bahari

"Majlis Sanjungan Budi" buat Mantan Pengetua FARIS iaitu Tn Hj. Bahari B. Daud yang mana telah dinaikkan pangkat sebagai KPPD Pasir Mas, Kelantan. Dengan berat hati, kami, warga FARIS terpaksa melepaskan mantan Pengetua yang walaupun agak singkat tempoh perkhidmatan beliau di sini, kami merasa serasi dan selesa dengan sikap dan cara kemimpinan beliau.

Beliau merupakan seorang pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas, amat prihatin dan memahami namun tetap tegas pada tempatnya. Beliau juga sangat pemurah dan mementingkan kebersihan dan keceriaan sekolah. Kami mendoakan kesejahteraan dan kejayaan Tn Hj. Bahari di tempat kerja baru dengan jawatan dan tanggungwajab baru. Hanya Allah jua yang mampu membalas segala jasa Tn Hj sepanjang berkhidmat di sini. Jutaan terima kasih diucapkan.

MOST RECENT NEWS

Go to top
JSN Educare is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework