MATHEMATICS EXPOSITION 2019

TarIKH TUTUP PENYERTAAN TELAH DILANJUTKAN...KE
12 JUN 2019 !!!

Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang ini untuk kepentingan negara. Diharap melalui showcase Matex@FARIS ini asas STEM dapat diterapkan dalam kalangan murid.
                Pertandingan ini adalah terdiri 3 komponen iaitu Cakna Matematik , Olimpiad Matematik dan Explorace Matematik. Komponen Cakna Matematik hanya terbuka kepada sekolah menengah sahaja , manakala Olimpiad Matematik dan Explorace terbuka untuk semua kategori. 

OBJEKTIF PERTANDINGAN
Tujuan utama pertandingan ini dijalankan ialah untuk menggalakkan pelajar mendalami ilmu matematik dengan menjalankan penyelidikan mudah ke atas topik-topik matematik., khususnya yang tidak dimasukkan dalam sukatan matematik peringkat SPM. Melalui pertandingan ini , secara tidak langsung , pelajar akan memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam proses menjalankan penyelidikan. Hasil kajian nanti akan dapat dikongsi dengan peserta dan pengunjung program ini.

KATEGORI  PERTANDINGAN
Terbuka kepada pelajar sekolah menengah (tingkatan 4 atau 5 ) yang dibahagikan kepada dua kategori:
I : Sekolah Berasrama Penuh/MRSM
II : SMKA dan Sekolah Kawalan di Kelantan

PANDUAN PERTANDINGAN
Sebagai panduan, cadangan topik-topik yang boleh dikaji adalah seperti berikut (tidak terhad kepada yang diberi sahaja):
Sejarah dan Falsafah Matematik:
 
~Sejarah Sistem Nombor
~Penemuan topik-topik penting dalam matematik seperti logaritma, kalkulus, trigonometri, nombor binari, dan sebagainya
~Sumbangan orang Islam dalam matematik
~Penemuan Fractals dan aplikasinya


Aplikasi matematik dalam kehidupan: 
~Penggunaan geometri dan simetri dalam rekabentuk bangunan, 
   struktur dan hiasan (tikar, songket, batik)
~Bagaimana pengetahuan matematik boleh menambahbaik prestasi dalam sukan bolasepak, bola keranjang, golf, tenis,         badminton dan sebagainya
~Penggunaan matematik dalam astronomi, perubatan dan bidang-bidang lain


Analisis dan permodelan data sekunder:
Data sekunder boleh didapati di Statistics Warehouse Jabatan Statistiks Malaysia (https://www.dosm.gov.my/v1/), atau mana-mana sumber yang menerbitkan data di atas talian untuk kegunaan ramai.
~Demografi
~Urusniaga saham
~Pendapatan isirumah
~Keadaan alam sekitar
~Keperluan Tenaga kerja
~Dan sebagainya



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1. Setiap sekolah dibenarkan untuk menghantar SATU penyertaan sahaja dan setiap penyertaan perlu disertai oleh DUA orang     pelajar
2. Semua penyertaan akan diadili melalui pameran poster dan pembentangan.


GARIS PANDUAN PENYERTAAN
1. Setiap pasukan perlu mengisi borang penyertaan (disertakan)
2. Semua hasilkerja mesti menggunakan Bahasa Malaysia
3. Semua penyertaan perlu meyediakan hasil kajian masing-masing dalam bentuk poster bersaiz A1. Setiap poster perlu mengandungi:
~Abstrak
~Latarbelakang
~Hasil
~Kesimpulan
~Rujukan (sekurang-kurangnya 5)
4. Pembentangan lisan dibuat kepada juri selama 10 minit diikuti oleh sesi soal jawab selama 5 minit. 
Pembahagian markah:
Poster - 30% (susun atur, kandungan, grafik)
Lisan - 70% (kandungan, kualiti persembahan, keupayaan menjawab soalan)

Pihak juri akan menentukan pemenang bagi setiap Kategori I dan II untuk

Kajian Terbaik
Pembentangan Terbaik
Poster Terbaik
Keseluruhan
 

 
Tarikh-tarikh penting:
Penghantaran borang penyertaan:
Pameran dan Pengadilan : 22 Jun 2019
Pengumuman Pemenang : 23 Jun 2019

PERINGATAN PENTING UNTUK PESERTA CAKNA MATEMATIK !!!

yuran penyertaan

Yuran penyertaan bagi tiga pertandingan sekolah menengah ialah RM300.00 dan  bagi 2 pertandingan sekolah rendah  ialah RM100. Bayaran boleh dibuat melalui ;
i. Cek ke akaun CIMB Islamic atas nama PIBG SMSTMFP atau boleh dibuat secara atas talian No.Akaun 8601788483. Bukti pembayaran perlu diemail kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. /bawa slip semasa daftar.
ii. Tunai semasa hari pendaftaran pertandingan ( 22 Jun 2019 )

TENTATIF EXPLORACE

Ahad, 23 JUN 2019

  • 08.00-08.45 AM  I  PENDAFTARAN
  • 09.00-09.15 AM  I  STATION 1
          Solving Mathematics problems

  • 09.15-09.45 AM I  STATION 2
          Puzzle 

  • 09.45-10.15 AM I  STATION 3
          Sudoku
  • 10.15-10.45 AM I  STATION 4
           Origami
  • 10.45-11.15 AM I  STATION 5
           Solving Mathematics problems

TENTATIF OLIMPIAD

Sabtu, 22 Jun 2019

  • 08.00-08.30 AM I PENDAFTARAN
  • 09.00-09.30 AM I CERAMAH  ( SESI  1 )
    Tajuk : Matematik- Nadi Pembangunan  STEM Negara
    Speaker 1: Mejar Prof. Ts. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya(Pengarah                               Pusat Asasi Pertahanan UPNM)
  • 09.30-10.15 AM I TAKLIMAT (SESI II )
    Tajuk : Selangkah ke Olimpiad
    Speaker 2: Dr. Mohamad Fariz bin Mohamad Taib(Pensyarah
                           Kanan UiTM)

  • 10.15-11.00 AM I CERAMAH ( SESI III )
    Tajuk : Silibus Olimpiad vs Silibus KSSM
    Speaker 3: Jurulatih IMO (International Mathematical Oympiad))
  • 11.00-12.00 PM I CERAMAH  ( SESI IV )
    Tajuk : Matematik- Nadi Pembangunan  STEM Negara
    Speaker 1: Mejar Prof. Ts. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya(Pengarah                               Pusat Asasi Pertahanan UPNM)
  • 02.00-05.00 PM I PERTANDINGAN OLIMPIAD ( SESI V )
    ( Mengikut standard antarabangsa )