News@SMSTMFP

Latihan Dalam Perkhidmatan - Together@Faris

LDP Bil 3/2016:Together @ Faris. Sabtu 30 /1/16. (9.00 pg -- 2.00 ptg) di Dewan Mahadzir Hashim SMSTMFP. Kehadiran 54/65 orang guru. Antara aktiviti
1. Ice breaking
2. Team building
3. Communicative English
4. N. I. E
5. Planning Lesson
6. Mock lesson
7. Feedback session & Reflective time

SMSTMFP juara keseluruhan Merentas Desa MSSDKB 2016

SMSTMFP juara keseluruhan Merentas Desa MSSDKB 2016.
Kejohanan telah diadakan semalam di SMK Raja Sakti pada Sabtu ,30 Januari 2016 , di mana SMS Tengku Muhammad Faris Petra, telah menghantar seramai 24 orang wakil.Keputusannya..

JOHAN 15L: SMSTMFP
JOHAN 15P:SMK K. BULOH
JOHAN 18L: SMSTMFP
JOHAN 18P:SMSTMFP
KESELURUHAN:SMSTMFP. 

Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk memilih wakil MSSDKB ke MSSK. Seramai 6 orang pelajar SMS Tengku Muhammad Faris Petra berjaya mewakil MSSDKB ke Kejohanan Merentas Desa MSSK di SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh.

 

Bola Baling Perempuan (18 Tahun) Johan MSSD

Pasukan Bola Baling Perempuan menjadi Johan Pertandingan Bola Baling Bawah 18 tahun peringkat MSSD di SMK Pangkal Kalong,Kok Lanas pada 26/1/2016 dan mewakili Kota Bharu Utara utk ke Pertandingan Bola Baling Perempuan Bwh 18 thn MSSK setelah mengalahkan SMK Kedai Buluh 2-1.

Kejohanan Merentas Desa SMSTMFP kali Ke-6, 2016

Kejohanan Merentas Desa SMSTMFP kali Ke-6, 2016 telah  berlangsung dengan meriahnya pada 21/1/2016.Rumah Rahman telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 489. Tempat kedua Rumah Razak dengan pungutan mata sebanyak 456 , diikuti dengan Rumah Hussein (406) dan Rumah Mahathir ('405).Para pemenang ( no.1-no 6 ) bagi katogeri LA & PA , LB&PB telah terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat MSSD yang akan diadakan pada 30.1.2016 nanti.Tahniah Rahman !