•  mail@smstmfp.edu.my
  •  +60 97738277

Here We Produce International Minded Leaders

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP), dulu dikenali dengan Sekolah Menengah Sains Kelantan (SMSK) merupakan salah sebuah daripada sepuluh buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara yang ditubuhkan melalui aspirasi Dasar Ekonomi Baru (Buku Merah Rancangan Malaysia Kedua 1971 – 1975)`. Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 1973 dengan seramai 234 orang pelajar pertama dan ditumpangkan di Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Bharu. Kampus hijau tetap Sekolah Menengah Sains Kelantan, di Pengkalan Chepa mula diduduki pada 11 Januari 1974.
Pada tahun 1986, Sekolah Menengah Sains Kelantan ditukar nama kepada Sekolah Tengku Muhammad Faris Petra bersempena dengan nama Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan pada ketika itu. Pada tahun 1995, nama sekolah ini bertukar sekali lagi kepada Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Sejak penubuhannya sehingga kini, nama Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra tersohor di pelbagai peringkat dalam bidang akademik, kokurikulum dan pengurusan pentadbiran.

1973

Mula dibuka dengan pengambilan pelajar seramai 234 orang dengan menumpang di Sekolah Menengah Ismail Petra.

1974

Berpindah ke kampus tetap di Pengkalan Chepa.

1986

Sekolah Menengah Sains Kelantan ditukarkan kepada Sekolah Tengku Muhammad Faris Petra bersempena dengan nama YTM , Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

1995

Nama sekolah ditukarkan sekali lagi kepada Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP)

1999

SMSTMFP diberi pengiktirafan sebagai salah sebuah Sekolah Bestari Perdana.

2007

Pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan , kohort 1 dari KPM.

images/logo_bottom.png

Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, 16100 Kelantan 

Information : 09-7738277Dolor Sit Amet

ALorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed vel lorem mollis, posuere orci ac, sollicitudin ex. Suspendisse id tempus ligula. Donec at ornare lectus. Sed quis mattis augue.

FAX : 09-7739139Dolor Sit Amet

ALorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed vel lorem mollis, posuere orci ac, sollicitudin ex. Suspendisse id tempus ligula. Donec at ornare lectus. Sed quis mattis augue.

mail@smstmfp.edu.myDolor Sit Amet

ALorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed vel lorem mollis, posuere orci ac, sollicitudin ex. Suspendisse id tempus ligula. Donec at ornare lectus. Sed quis mattis augue.

@ 2018 SMSTMFP WEBSITE