MATHEMATICS EXPOSITION mathematician are an explorer

MATHEMATICS EXPOSITION 2023 Mathematician as an explorer

MATEX@FARIS ialah platform untuk murid menunjukkan kreativiti dan inovasi yang melibatkan penggunaan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah kehidupan manusia secara lebih optimum. Disamping itu juga ianya secara tidak langsung memupuk disiplin, sahsiah, jati diri dan kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

01

Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Harian (SMK) ,Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kementerian Pendidikan Malaysia dan Maktab Rendah Sains Mara.

02

Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah tingkatan 3,4 dan 5 tahun 2023

03

Pendaftaran pasukan melalui pautan berikut ; https://tinyurl.com/matex23 dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada 24 Ogos 2023

04

Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang murid dan seorang guru pembimbing , iaitu 3 orang bagi peserta MATEX-IDEATION dan 2 orang bagi peserta MATEX-OLYMPIAD. Untuk pertandingan kategori MATEX-EXPLORACE, semua peserta akan terlibat

05

Setiap sekolah dibenarkan menghantar maksimum 3 pasukan untuk bertanding.

06

Untuk kategori MATEX IDEATION. Setiap pasukan hendaklah memuat turun dokumen pertandingan yang mengandungi maklumat-maklumat penting untuk pertandingan.

Sila muat turun melalui pautan https://tinyurl.com/matexideation23
07

Pertukaran peserta pada saat akhir tidak dibenarkan.

08

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM200/pasukan .Bayaran boleh dibuat melalui cek ke akaun CIMB Islamic atas nama PIBG SMSTMFP atau boleh dibuat secara atas talian No.Akaun 8601788483. Bukti pembayaran perlu diemail kepada matex@smstmfp.edu.my

09

Setiap penyertaan akan diberikan t-shirt program dan sijil penyertaan (setiap peserta ) tidak termasuk hadiah kemenangan dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

10

Penginapan dan makan disediakan oleh pihak penganjur (Peserta digalakkan membawa cadar & amp; sarung bantal sendiri )

11

Kos pengangkutan/perjalanan ditanggung oleh pihak peserta/sekolah yang mengambil bahagian. 

KATEGORI PERTANDINGAN

Image

MATEX IDEATION

Kategori pertandingan ini memerlukan peserta menggunakan kreativiti dan inovasi yang berkaitan penggunaan kemahiran pengetahuan matematik dan STEM dalam menyelesaikan cabaran yang diberikan.

MATEX Ideation Timeline

24 OGOS 2023

Pendaftaran Pasukan

Kategori pertandingan ini melibat 3 orang peserta. Setiap pasukan perlu memuat turun dokumen pertandingan yang mengandungi permasalahan, langkah-langkah yang perlu dilakukan, format laporan dan syarat-syarat pertandingan.

24 OGOS 2023

3 SEPTEMBER 2023

Menghantar laporan bertulis

7 SEPTEMBER 2023

Pendaftaran/Taklimat

7 SEPTEMBER 2023

7&8 SEPTEMBER 2023

Menyiapkan booth untuk pembentangan

8 SEPTEMBER 2023

Penjurian

8 SEPTEMBER 2023

Image

MATEX OLYMPIAD

Dalam cabaran Matex Olympiad, para peserta akan mengikuti beberapa sesi bengkel untuk diberi pendedahan tentang beberapa cabang ilmu matematik seperti teori nombor, algebra , kombinatorik dan geometri.Seterusnya peserta akan diuji dengan soalan-soalan yang bukan rutin seperti yang ditanya di sekolah.
Image

MATEX EXPLORACE

Untuk kategori MATEX-Explorace, para peserta akan diberi cabaran-cabaran yang berasaskan matematik dan STEM di setiap stesen yang ditetapkan.Para peserta program diberi tempoh masa tertentu dalam melaksanakan setiap tugasan.
You ultimately control only two things. You determine how you choose to perceive yourself, and your situation. You also control what you decide to do next.

TENTATIF MATEX EXPOSITION 2023

Image

Connect with us

SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA I Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu Kelantan

  • dummy+(609) 7738277

  • dummy+(609) 7739139

  • dummy admin@smstmfp.edu.my

NEWSLETTER

Enter your email and we'll send you more information
Please fill the required field.

Search