Tahniah kepada semua guru dan pelajar terutama AJK yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis yang sederhana namun meriah dan bermakna ini. Semoga para pelajar terus menghargai segala jasa dan pengorbanan guru-guru walau dalam apa cara sekalipun. Adalah diharapkan, budaya menghormati dan menghargai guru-guru serta hubungan erat dengan pelajar-pelajar akan berterusan kerana ia pemangkin kemenjadian, kesejahteraan dan kecemerlangan dalam semua aspek.
Sekolahku Sejahtera
"Guru, Tunjang Sekolah Sejahtera"