Majlis "Sanjungan Budi & Tautan Kasih" sempena persaraan cikgu Hajah Noterzam binti Jaafar telah berlangsung semalam dengan penuh meriah dan nostalgia. Ia juga menjadi satu moment pertemuan semula guru-guru yang sudah bersara dan berpindah. Cikgu Noterzam atau lebih mesra dikenali sebagai 'Teacher Noter' dikalangan para pelajar, adalah diantara cikgu paling 'legend' di Faris Petra. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak mula-mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 1986 dan kekal di sini sehingga bersara. Cikgu Noterzam merupakan antara guru paling tekun dan berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai pendidik hingga ke hari-hari terakhir perkhidmatan. Oleh itu, persaraan beliau merupakan satu kehilangan besar bagi bidang matematik terutama subjek Matematik Tambahan.
Jutaan terima kami ucapkan diatas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang telah diberikan selama 36 tahun menabur bakti di bumi Faris Petra. Didoakan semoga Hjh Noterzam sentiasa sihat dan berbahagia menjalani kehidupan fasa baru sebagai pesara guru.
Sekalung penghargaan kepada semua guru, pelajar, staf, PIBG, Alumni serta seluruh keluarga Faris Petra yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.